Wednesday 25 July 2012

BAHAYA OBESITI !!!!



Tangani Obesiti, Pelbagai Penyakit Boleh Diatasi

Thursday, 14 April 2011 10:34


Menurut Dr. Lukman, doktor pakar dr DEMC Hospital , obesity sebenarnya bergantung kepada BMI seseorang untuk mengukur samada dia dalam ketegori obesity, berat badan berlebihan atau tidak. “Obesiti itu bermakna kandungan lemak di dalam badan yang berlebihan,” ujar Dr. Lukman.

“Semakin bertambah usia seseorang, maka kadar metabolisme tubuhnya juga semakin berkurangan bermaksud semakin kurang kalori yg dibakar dr pemakanan yg diambil setiap hari. Sebaliknya setelah usia meningkat seperti selepas mencecah usia 40++, tenaga seseoarng itu juga semakin berkurangan. Dan mereka juga semakin kurang melakukan aktiviti. Daya ketahanan juga menurun. Dalam keadaan ini, obesity boleh terjadi apabila makanan yang masuk ke dalam tubuh berlebihan daripada apa yang dibakar. Maksudnya, jumlah makanan yang dimakan berlebihan daripada yang tubuh kita mampu bakar. Maka, untuk memiliki berat badan yang seimbang dan mengelakkan obesity, kita harus memastikan kalori yang kita ambil dan yang kita gunakan mestilah seimbang. Pada ketika ini anda seharusnya lebih bersikap memilih sebelum mengambil sesuatu makanan. Pilihlah kualiti dan bukan kuantiti. Sila rujuk kepada pyramid pemakanan untuk pengambilan makanan yang seimbang dan sihat.







“Obesiti sememangnya menjadi punca pelbagai penyakit yang berbahaya. Antaranya tidur berdengkur. Ini kerana saluran pernafasan menjadi semakin sempit. Bagi yang serius, ia boleh menyebabkan nafas berhenti secara tiba-tiba dan menyebabkan kematian ketika tidur.
Selain itu obesity juga boleh menyebabkan kencing manis. Ini disebabkan badan akan mengeluarkan insulin dan apabila badan lebih besar maka badan tidak dapat menampung pengeluaran insulin dan kadar glukos dalam tubuh meningkat lalu setrusnya menyebabkan kencing manis. Penyakit darah tinggi juga boleh disebabkan oleh obesity. Ini kerana jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Masalah kepada sendi terutama lutut juga merupakan masalah utama akibat obesity. Selain itu obesity juga boleh disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti steroid.

.

No comments: