Showing posts with label GENERAL INFO. Show all posts
Showing posts with label GENERAL INFO. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

TIDUR MEMPENGARUHI BERAT BADAN ANDA









Assalamualaikum. & Selamat pagi semua..tahukah anda bahawa antara faktor yg boleh mempengaruhi berat badan anda adalah TIDUR???? Hari ini Kak Ruby nak berkongsi artikel ini dengan anda semua coz wlupun kajian yg telah dibuat adalah berdasarkan kes kanak2 obes tp ianya juga memberi kesan yg sama terhadap org dewasa..JOM BACA....



Berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia semakin serius. Tahap seriusnya isu ini boleh dinilai dengan pelbagai kenyataan akhbar dan gesaan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan mengenai kesedaran dan kawalan gejala ini. Antaranya, mengatur "standard" pemakanan sihat di kantin-kantin sekolah. Tetapi, bukan pengambilan makanan sahaja yang menjadi faktor obes di kalangan kanak-kanak. Percayakah anda yang waktu anda tidur dan waktu anda bangun daripada tidur sebenarnya mempengaruhi berat badan?



Satu kajian telah dilakukan oleh University of South Australia yang meneliti waktu tidur, waktu bangun 2,200 kanak-kanak berumur 9 hingga 16 tahun termasuk berat badan dan cara mereka menghabiskan masa mereka selama 4 hari. Sebelum ini, terdapat kajian yang menyatakan bahawa kekurangan jam tidur menyebabkan risiko berat badan berlebihan atau obes. Namun, kajian kali ini mendapati semua kanak-kanak mempunyai jumlah jam tidur yang sama. 





Bezanya adalah kesan masa tidur dan bangun mereka pada berat badan dan jumlah aktiviti fizikal. Perbezaan masa tidur dan bangun tidaklah terlalu dramatik kerana hanya perbezaan 70 sehingga 90 minit bagi yang tidur lewat, dan bangun 60 hingga 80 minit lewat daripada mereka yang tidur awal.


Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak Australia adalah lebih kurus dan aktif sekiranya mereka tidur awal dan bangun awal. Sebaliknya, kanak-kanak yang bangun lewat adalah 1.5 kali ganda menjadi obes, iaitu dua kali ganda untuk menjadi kurang aktif, 2.9 kali ganda akan melekat di hadapan skrin, baik computer mahupun televisyen berjam-jam lamanya berbanding mereka yang bangun awal pagi. Kajian ini diterbitkan pada isu “SLEEP” pada 1 Oktober yang lalu.







Meneliti kenyataan kajian di atas, seharusnya kita lebih peka dengan waktu tidur dan bangun kita dan juga anak-anak kecil. Mencegah gejala obes adalah antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia masyarakat yang sihat. Apabila badan sihat, produktiviti meningkat, KEHEBATAN dapat dihasilkan. Ayuh, corakkan kembali waktu tidur dan bangun anda supaya anda tampil  lebih HEBAT!



CREDIT TO : warkahsiber.blogspot.com




** Artikel di bawah dipetik dari  "fokus sihat" di dalam suratkhabar Mingguan Malaysia bertarikh 24.3.13





Menurut Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, setiap badan manusia mempunyai JAM BIOLOGI yg berkaitan dgn hormon kerana melatonin dihasilkan semasa hari cerah (siang). Jadi apabila waktu tidur bertukar, kecelaruan hormon akan berlaku kerana jam biologi manusia akan keliru dgn perubahan waktu tidur tersebut. Fungsi hormon tersebut ialah untuk memperbaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan diri dan meremajakan kembali jaringan-jaringan tubuh yang telah haus.

Oleh sebab itu beliau menasihati setiap individu supaya tidur dan bangun pada waktu yg sama setiap hari..kerana sekiranya individu tersebut mempunyai masalah tidur ianya akan memberikan impak yang tidak baik dari segi kesihatan di masa akan datang... 


TIPS UNTUK TIDUR LENA


  1. Kurangkan merokok
  2. Kurangkan alkohol
  3. Tempat tidur yg senyap, sunyi dan gelap
  4. Bersenam sekurang2nya 4 jam seblm tidur
  5. Pastikan tempat tidur yg selesa


SUMBER Mingguan Malaysia bertarikh 24.3.13












TIDUR UNTUK SIHAT, CANTIK & AWET MUDA


Tidur sama pentingnya dengan air dan makanan tetapi ada orang anggap tidur ini amalan remeh. Padahal tidur adalah salah satu resipi sihat, cantik dan awet muda. Tidak percaya? Ketika tidur, tubuh bekerja keras memperbaiki sel-sel dan jaringan tubuh yang rosak. Otak pula sibuk mengisi ruang memori dengan pelbagai perkara yang anda alami dan pelajari.


Tidur yang dimaksudkan ini adalah tidur yang berkualiti. Ada beberapa persoalan mengenai tidur yang perlu kita tahu. Apakah pengaruh tidur bagi organ-organ penting manusia? Benarkah tidur yang terlampau akan membuat anda gemuk? Atau sebaliknya kurang tidur boleh menyebabkan anda obesiti?

Kulit
Semasa tidur, tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone/HGH) dan melatonin. Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan kecantikan, antaranya untuk memperbaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan diri dan meremajakan kembali jaringan-jaringan tubuh yang telah haus. Kerana itu jangan hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas antara kulit orang yang cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya. Sementara yang cukup tidur nampak lebih segar.

Mata
Mata adalah sensor pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi hari, ia akan mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih, gembira, berkerut, ketawa semuanya melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot itu punya waktu istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi sesetengah orang, cahaya mempengaruhi cepat atau lambatnya seseorang tidur di samping keselesaan. Ada yang tidur dengan suasana lampu dipasang dan ada juga yang tidur dalam keadaan gelap.

Paru-paru
Sama ada dalam keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut dan hidung, mengalir ke saluran pernafasan dan kemudian ke paru-paru. Apabila udara mengalir dengan baik ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil kajian Dr. Olga Parra dari Universiti Hospital Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan angin ahmar. Ini kerana adanya gangguan berkala ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan selama tidur kerana terhalangnya aliran udara yang masuk ke dalam paru-paru.Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan pada malam hari sehingga membawa kepada tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.

~ Majalah IlUvIslam


CREDIT TO : anizyn.blogspot.com

Thursday, 21 March 2013

CUKA EPAL ..APPLE CIDER VINEGAR (ACV)


Cuka Epal (Apple Cider Vinegar aka ACV)- Khasiat yang ramai tidak tahu

                                       
Di dalam buku panduan peraturan penggunaan Alphalipid Slim Diet II ada tertulis tentang penggunaan epal cider bersama2 ALSDII. kenape ye??? Kalau nk tahu baca artikel ni smpai habis tau....Cuka epal (Apple Cider Vinegar, mat salleh panggil, atau nak lagi moden ACV) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi..Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang2 Greek dan Mesir.

Ia diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

khasiat ACV 
  • Memecahkan molekul lemak dan & merangsang pemecahan lemak secara tidak langsung dpt membantu proses penurunan berat badan.
  • menghalang penyerapan lemak dr membina sel lemak yang baru
  • Mencegah dan mengawal selulit
  • Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.
  • Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi, jangkitan sinus (resdung), selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
  • Meredakan sakit dan sengal sendi
  • Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.
  • Melegakan saluran pernafasan.
  • Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
  • Membunuh bakteria jahat di dalam usus dan memelihara kesihatan usus.
  • melawaskan usus besar & usus kecil
  • Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
  • Melegakan kulit bermasalah seperti eczema (disapu terus pada kawasan yg dijangkiti)
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
  • Meng'alkali'kan tubuh (Lebih asid = tubuh lemah, kuat mengantuk, letih, sengal badan. Lebih alkali = cergas dan lebih bertenaga).
  • Jika diambil sebelum makan, akan lebih cepat berasa kenyang. Juga melambatkan rasa lapar.
  • melancarkan perjalanan darah





So those yang nak turunkan dan kawal berat badan secara natural dan jimat, sangat2 digalakan ambil ACV ni.

ACV sebagai 'a must have HOME REMEDY'


Keracunan makanan

Kadar Pectin yang tinggi di dalam ACV mampu melegakan dinding usus yang terengsa akibat keracunan makanan (muntah2 dan cirit-birit). Caranya, ambil 1 sudu ACV dilute dalam air suam dan minum 3-4 kali sehari sehingga simptom berkurangan dan lega.


Demam, Selsema dan Sakit Tekak

1 sudu ACV dilute dalam air suam dan di minum 3-4 kali sehari (macam makan ubat doctor jugak.. bezanya cara ni sangat natural dan tak buatkan kita mengantuk). Untuk demam, especially bayi dan kanak2, campurkan setengah cawan ACV dalam segayung air suam dan sponge kan pada kepala dan seluruh badan. InsyaAllah dapat turunkan suhu panas tu..


Jerawat

Oh.. tetiba jerawat setompok tumbuh bila bangun pagi (especially to women time period tu kengkadang 2-3 bonjol jerawat naik kan?).. Caranya, cepat2 sapu ACV ni, memang akan cepat kecut..




Cuka apel mengandung berbagai mineral untuk kesehatan, antara lain:


  • Kalium yang berfungsi melenyapkan nyeri-nyeri sendi atau rematik, mencegah serangan jantung atau stroke. Kalium juga mampu membersihkan darah dari kolestrol dan toksin. 
  • Magnesium (mencegah dan menyembuhkan kerapuhan tulang atau osteoporosis). 
  • Asam Maltat, membersihkan sel yang rusak, sehingga membuat jaringan tubuh manusia menjadi segar dan awet muda. 
  • Asam Amino, memperkuat dinding usus, hingga melenyapkan sakit . 
  • Asam Hidrochlorine, membantu pencernaan. 
  • Pektin, merupakan serat kasar yang berbentuk gel, dapat memperbaiki otot pencernaan dan mendorong sisa makanan pada saluran pencernaan, menyerap kelebihan air dalam usus dan membuang racun dalam isi perut. Bila berintegrasi dengan vitamin C, dapat menurunkan kolestrol dalam darah. 



CARA PENGAMBILAN :-

1) sesudu teh epal cider dicampurkan bersama 2 scoops Alphalipid Slim Diet II diambil seblm sarapan pagi atau

2) .sesudu teh epal cider dicampurkan bersama segelas air suam & diminum seblm sarapan pagi/seblm tidur...hanya sekali sehari

> KAK RUBY ADE TERJUMPA ARTIKEL BERKENAAN SUNNAH RASULULLAH SAW YG TIDAK MEMBENARKAN KITA MENCAMPURKAN SUSU DGN CUKA (ADE KWN KETURUNAN IBAN KATA SD2+CUKA RASA CAM TUAK) SO AKAK SUGGEST GUNA CARA YG KE 2 JE LA YE...


NOTA : WALAUPUN CUKA EPAL CIDER (ACV) INI BANYAK KELEBIHANNYA TETAPI DISARANKAN AGAR JGN MELEBIHI DOS DIKHUATIRI AKAN MENDATANGKAN MUDARAT KRN SIFATNYA YG SEDIKIT ASIDIK....


KAFEIN PENYEBAB GEMUK?????





Seperti yang anda sedia maklum apabila anda memulakan diet bersama ALSD2, perunding diet anda akan memberitahu bahawa pengambilan minuman berkafein adalah dilarang sama sekali contohnye Kopi, teh serta minuman berkarbonat termasuklah minuman isotonik. Ini kerana ia boleh melambatkan@mengganggu proses menurunkan berat badan. Adakah Pengambilan Kafein secara berlebihan akan menyebabkan obesiti? Adakah kafein menyebabkan berat badan bertambah? Dan adakan kesan-kesan buruk yang lain?.


Walaupun byk artikel menceritakan kebaikan kafein dalam memberikan kita tenaga serta membuat kita rasa segar dan tidak mengantuk, ia turut mempunyai pelbagai kesan buruk dan ini termasuklah pertambahan berat badan dan obesiti. Mari kita sama-sama fahami kenapa semasa berdiet ALSD2, pengambilan kafein dilarang sama sekali.


Di sini saya senaraikan serba sedikit antara keburukan kafein iaitu:- 
  • Peningkatan berat badan
  • Menyebabkan aras kortisol meningkat
  • Hypoglycemia
  • Membuatkan aras serotonin menjadi rendah
  • Dan juga meningkatkan Stress





Dengan kata lain, daripada meminum minuman berkafein, individu yang ingin menurunkan berat badan@maintain berat badan idea perlulah minum banyak air kosong dan juga teh herba.

Jom kita fahami bagaimana cara kafein boleh menambahkan berat badan.

1. Kafein membuatkan aras cortisol dalam badan meningkat.

Kortisol adalah hormon stress yang menghantar signal kpd badan utk tinggikan penyimpanan tenaga. Proses ini menyebabkan kita rase mengidam nak mkn sesuatu dgn tiba2 serta menyebabkan selera makan bertambah, yang mana membuatkan berat badan bertambah.


2. Kafein boleh cetuskan hypoglycemia

Individu yang mengalami hypoglycemia mempunyai aras gula dalam darah yang rendah dan badan mereka tidak punyai teanaga yang mecukupi untuk aktiviti harian. Untuk tingkatkan tenaga, badan akan hantar isyarat lapar yang palsu yang membuatkan kita rasa nak makan dengan tiba2. Ini juga penyebab berat kita naik


3. Kafein menurunkan aras serotinin dalam badan

Serotinin merupakan penghantar neuron @ neurontransmitter yang merupakan asas penting dalam otak supaya ia berfungsi dengan baik. Kesan daripada tahap serotinin yang lemah termasuklah rasa ingin makan makanan berkarbohidrat dan obesiti.
Kesan lain ialah rasa cemas, ADD, depresi, insomnia, migrain dan juga meninggikan risiko kepada 2 jenis pesakit diabetes, Tekanan Darah tinggi , pesakit jantung dan kanser yang tertentu. 

4. Akhir sekali, kafein boleh menyebabkan seseorg rasa gementar dan menaikkan level stress. Ramai org makan apabila berhadapan dengan stress, ini juga penyumbang kepada kegemukan dan obesiti.

Individu yang cuba untuk kurus perlu mengantikan minuman berkafein seperti kopi dan ainr minuman isotonik dengan teh herba @ air kosong. Pilihan minuman mestilah tidak mengandungi lemak dan boleh membantu rasa mengidam. Dan semua sebab ini kenapa kita boleh mengganggu proses penurunan berat badan semasa berdiat dengan ALSD2.

CREDIT TO : http://slimdiet2-norli.blogspot.com

CARA MENGIRA TUBUH IDEAL ... BMI & WAIST TO HIP RATIO (WHR)

In journey nak kurus, semuanyer nak kena catat and measure. Peringatan penting untuk semua yang berdiet with ALSD2, suka untuk kak Ruby ingatkan yg setiap seminggu sekali u all kena timbang berat and measure ukur lilit bahagian2 tertentu badan kita utk keep track our journey to slim.


Untuk this time, kak Ruby nak share sikit pasal nisbah ukuran pinggang dan punggung (Waist Hip Ratio@WHR) dan Juga BMI @ Indeks jisim Badan.


Cara Kira Indeks Jisim Badan:
BMI= Berat (Kg)/[Tinggi (Meter) x Tinggi (Meter)]


Contohnya: Berat kak ruby Skrg 64 Kg, Tinggi 160 cm (Tukarkan kepada meter iaitu dibahagi dgn 100, 160/100 = 1.60)

Jadi BMI Kak Ruby : 64/2.56 = 25 (Normal)
>>> HEHEHE disebabkan normal tp diparas cukup2 makan maka akak kena sentiasa alert berat kena sentiasa maintain coz dgn usia yg dh 46 tahun ni...penyakit akan senang menyerang jika tidak beringat2 huhuhu


Kategori                                                                      Julat BMI
~~> Kebuluran / kurang berat keterlaluan                     kurang drpd 15

~~> Kurang berat                                                        dari 15 ke 18.5

~~> Normal@Berat badan unggul                                dari 18.5 ke 25

~~> Berat berlebihan                                                    dari 25 ke 30

~~> Obesiti / kegemukan                                               lebih drpd 30




Cara Kira Nisbah Ukuran Pinggang dan punggung:
WHR = Ukur Lilit Pinggang / Ukur Lilit Punggung


Cth: Bagi kak Ruby, Ukur Lilit Pinggang = 30 inci, Ukur lilit Punggung 42 inci
Jadi WHR kak ruby : 30/42= 0.71 (Tidak melebihi 0.8)
* Mmm.. WHR akak mmg tak lebih dari 0.8, tapi nak kena kecikkan lagi ukurlilit pinggang, supaya risiko penyakit yang berkaitan jantung kurang.Yelah, dahle tahap kolesterol jahat agak tinggi mmg kena hati2. Sebenarnyer kita kurus bukan utk cantik sahaja, yg penting supaya risiko utk kita sakit berkurangan, agar kita boleh beribadat utk tempoh yg lama kepada Sang Pencipta namum andai kata sakit kunjung jua, maka anggaplah ia sebagai ujian dan penghapus dosa dari Allah.


Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki. Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal".

Dengan Pengiraan WHR, Kita boleh menentukan samada bentuk badan kita dari kategori bentu Apple@Pear. WHR juga bergantung kepada lemak yang tersimpan pada bahagian pinggang dan pinggul kita.


* Jika Nisbahnya melebihi 0.8, badan anda berbentuk epal, lebih berisiko utuk sakit kerana lemak banyak terkumpul dibahagian perut@pertengahan badan.

* Jika Nisbah kurang dari 0.8, badan anda berbentuk pear, kurang risiko untuk dapat penyakit kerana berat berlebihan pada pinggul dan peha.

...Jadi mari kita kira Waist to Hip ratio badan kita..agaknyer badan kite ideal ke tak?...
jgn lupe..BMI normal lom tentu badan kita ideal..., jomla kita berdiet dengan ALSD2 supaya kita dapat mengurangkan ukurlilit pinggang. He..he..pesan untuk tuan punye blog jugak. Sekarang akak pi aerobiks 5X seminggu sebagai usaha utk krgkan lg berat badan & for body toning jugakkkssss.... HEHEHE org pompuan la katakan :)


CREDIT TO : slimdiet2-norli.blogspot.com


25 TIPS KURANGKAN BERAT BADAN


Berikut adalah 25 tips Oleh Kevin Zahri untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.


1 - 10: Nutrisi dan Diet Pemakanan.

Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  • 1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  • 2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun.
  • 3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!
  • 4. Roti canai ... berapakah kalorinya? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda.
  • 5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman bergula seperti teh ais, milo,soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan kira-kira 10kg dalam setahun. Ingin belajar caranya? Mudah sahaja, kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip ini.
  • 6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.
  • 7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  • 8. Segenggam tangan karbohidrat. Samaada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk.
  • 9. Pastikan kuantiti pengambilan protein mencukupi. Sebagai panduan, ingatkan diri anda untuk mengambil 2 - 2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Pastikan juga protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  • 10. Kawal nafsu makan! Satu-satunya cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak berpeluang untuk terjadi. Namun sekiranya nafsu makan itu sudah tiba, maka ia sudah terlewat.

  • 11 - 20: Senaman.
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Anda tidak perlu mencari trend senaman yang terkini. Apa yang penting ialah anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda memasukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu menguatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya jika anda sudah berjaya menguruskan badan, sudah tentu anda inginkan badan yang kental bukan?.
3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Sekiranya anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan untuk membakar lemak, pastikan anda elakkan diri dari mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.
5. Tidak perlu bersenam setiap hari. Jika bersenam, tidak perlulah melakukannya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya 2 - 4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih. Ingat, yang penting adalah kualiti senaman, bukannya kuantiti senaman anda.
6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
7. Senaman untuk toning?. Senaman semata-mata tidak akan menunjukkan perubahan positif. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
8. Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga sememangnya sesuai untuk flexibilitydan ketenangan tetapi untuk senaman menurunkan berat badan, kardio adalah pilihan yang jauh lebih baik.
9. Sauna dan steam room? Kedua-duanya boleh membantu mambakar kalori dan membuang air dalam badan. Justeru, ia tidak menjadi masalah anda jika anda ingin mengunjunginya.
10. Seks sebagai senaman? Sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stress.

21 - 25: Supplement dan makanan tambahan.
Jika digabungkan dengan diet, senaman asas yang baik serta supplement yang mencukupi, ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Tapi ... pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas yang sering dilihat di dalam pengiklanan.
1. Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan apa juga harganya, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan serta membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisma badan anda.Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. walaubagaimanapun, nasihat saya, jangan bergantung kepada mana-mana supplement untuk jangka masa panjang.



3. Ingin mengurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya sekali.
4. Supplement protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Supplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
5. Dapatkan supplement multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai supplement multi-vitaman yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.


Source: ILuvIslam Site and also been edited skit2
Credit to : slimdiet2-norli.blogspot.com 

Friday, 1 March 2013

THE MIRACLE OF WATER



TIPS TO SHARE

THE MIRACLE OF WATER


1) Did u know, drinking water, especially before mealtime, helps fill you up and makes you eat less. One study found that adults who drank two cups of water before each meal lost more weight than those who didn't. Some studies show that drinking water, especially chilled water, can increase metabolism and help burn fat.

2) Water also helps you stay hydrated. When your kidneys are moving water through your body, your water weight is lower.

3) Drinking water at the correct time also will maximizes its effectiveness on the Human body :
> 1 glass of water after waking up - helps activate internal organs
> 1 glass of water 30 minutes before a meal - helps digestion
> 1 glass of water before taking a bath - helps lower blood pressure
> 1 glass of water before going to bed - avoids stroke or heart attack

4) By drinking lots of plain water also will helps you to detox to your body & helps you to loss your weight too.