Saturday 23 March 2013

TIDUR MEMPENGARUHI BERAT BADAN ANDA









Assalamualaikum. & Selamat pagi semua..tahukah anda bahawa antara faktor yg boleh mempengaruhi berat badan anda adalah TIDUR???? Hari ini Kak Ruby nak berkongsi artikel ini dengan anda semua coz wlupun kajian yg telah dibuat adalah berdasarkan kes kanak2 obes tp ianya juga memberi kesan yg sama terhadap org dewasa..JOM BACA....



Berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia semakin serius. Tahap seriusnya isu ini boleh dinilai dengan pelbagai kenyataan akhbar dan gesaan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan mengenai kesedaran dan kawalan gejala ini. Antaranya, mengatur "standard" pemakanan sihat di kantin-kantin sekolah. Tetapi, bukan pengambilan makanan sahaja yang menjadi faktor obes di kalangan kanak-kanak. Percayakah anda yang waktu anda tidur dan waktu anda bangun daripada tidur sebenarnya mempengaruhi berat badan?



Satu kajian telah dilakukan oleh University of South Australia yang meneliti waktu tidur, waktu bangun 2,200 kanak-kanak berumur 9 hingga 16 tahun termasuk berat badan dan cara mereka menghabiskan masa mereka selama 4 hari. Sebelum ini, terdapat kajian yang menyatakan bahawa kekurangan jam tidur menyebabkan risiko berat badan berlebihan atau obes. Namun, kajian kali ini mendapati semua kanak-kanak mempunyai jumlah jam tidur yang sama. 





Bezanya adalah kesan masa tidur dan bangun mereka pada berat badan dan jumlah aktiviti fizikal. Perbezaan masa tidur dan bangun tidaklah terlalu dramatik kerana hanya perbezaan 70 sehingga 90 minit bagi yang tidur lewat, dan bangun 60 hingga 80 minit lewat daripada mereka yang tidur awal.


Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak Australia adalah lebih kurus dan aktif sekiranya mereka tidur awal dan bangun awal. Sebaliknya, kanak-kanak yang bangun lewat adalah 1.5 kali ganda menjadi obes, iaitu dua kali ganda untuk menjadi kurang aktif, 2.9 kali ganda akan melekat di hadapan skrin, baik computer mahupun televisyen berjam-jam lamanya berbanding mereka yang bangun awal pagi. Kajian ini diterbitkan pada isu “SLEEP” pada 1 Oktober yang lalu.







Meneliti kenyataan kajian di atas, seharusnya kita lebih peka dengan waktu tidur dan bangun kita dan juga anak-anak kecil. Mencegah gejala obes adalah antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia masyarakat yang sihat. Apabila badan sihat, produktiviti meningkat, KEHEBATAN dapat dihasilkan. Ayuh, corakkan kembali waktu tidur dan bangun anda supaya anda tampil  lebih HEBAT!



CREDIT TO : warkahsiber.blogspot.com




** Artikel di bawah dipetik dari  "fokus sihat" di dalam suratkhabar Mingguan Malaysia bertarikh 24.3.13





Menurut Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, setiap badan manusia mempunyai JAM BIOLOGI yg berkaitan dgn hormon kerana melatonin dihasilkan semasa hari cerah (siang). Jadi apabila waktu tidur bertukar, kecelaruan hormon akan berlaku kerana jam biologi manusia akan keliru dgn perubahan waktu tidur tersebut. Fungsi hormon tersebut ialah untuk memperbaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan diri dan meremajakan kembali jaringan-jaringan tubuh yang telah haus.

Oleh sebab itu beliau menasihati setiap individu supaya tidur dan bangun pada waktu yg sama setiap hari..kerana sekiranya individu tersebut mempunyai masalah tidur ianya akan memberikan impak yang tidak baik dari segi kesihatan di masa akan datang... 


TIPS UNTUK TIDUR LENA


  1. Kurangkan merokok
  2. Kurangkan alkohol
  3. Tempat tidur yg senyap, sunyi dan gelap
  4. Bersenam sekurang2nya 4 jam seblm tidur
  5. Pastikan tempat tidur yg selesa


SUMBER Mingguan Malaysia bertarikh 24.3.13












No comments: