Saturday 9 March 2013

21 TIPS HEBAT DIET YG BERKESAN


21 Tips Hebat Diet Yang Berkesan...

Hari ini kak Ruby nk share some tips utk diet yg berkesan..sgt sesuai utk diamalkan sebagai maintenance setelah berhenti dari program diet ALSDII..jom baca ....



> Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun.
Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu,
campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum
sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini
dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi
seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah




> Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan
kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasannya? - Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan.
Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi
seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan
secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.


> Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai
sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda
mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan
banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat
memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding
makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol
beserta karbohidrat.


> Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya
serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet
serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.


> Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu
makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu
mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan
pada setiap hari.


> Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.
Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar
kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan
produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi
kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah
yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.


>Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan
pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil
sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan
makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya?
Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan
hari.


>Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda
pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya
mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah,
murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan
melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak
10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga
perut.
Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari?
Bagi saya cara itu senang sahaja.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:
Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam.
Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda
tuju.
Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan
sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu
senaman yang boleh menguruskan badan anda.
Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.


> Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat
dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan
atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda
makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan
mungkin boleh mendatangkan masalah lain.


> Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah
sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang
mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar
metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar
otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap
yang ideal.


> Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam
kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum
makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat
mengelakkan daripada makan dengan banyak.


> Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam
kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan
mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada
lagi masalah gemuk air.


> Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan,
pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran
lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.


> Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa
minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula
sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan
mengganggu plan diet anda.


> Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah
merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan
tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar
ia mudah dihadam kelak.


> Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung.
Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil
makanan secara berlebihan.


> Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap
dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air
masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang  baik
dan sempurna.


> Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh
menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak
0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi
mencapai berat badan impian.


> Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? - Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana
anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu
atau dua kali sebulan.


> Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari
diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda
makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Alasannya? - Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat
makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan
anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.


> Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan
teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman anda
mampu mengurangkan berat badan anda.




IHSAN DARI :


Hafiz Wasa
Weight Loss Trainer
B.Pharm (Hons). USM






No comments: