Thursday 21 March 2013

KAFEIN PENYEBAB GEMUK?????





Seperti yang anda sedia maklum apabila anda memulakan diet bersama ALSD2, perunding diet anda akan memberitahu bahawa pengambilan minuman berkafein adalah dilarang sama sekali contohnye Kopi, teh serta minuman berkarbonat termasuklah minuman isotonik. Ini kerana ia boleh melambatkan@mengganggu proses menurunkan berat badan. Adakah Pengambilan Kafein secara berlebihan akan menyebabkan obesiti? Adakah kafein menyebabkan berat badan bertambah? Dan adakan kesan-kesan buruk yang lain?.


Walaupun byk artikel menceritakan kebaikan kafein dalam memberikan kita tenaga serta membuat kita rasa segar dan tidak mengantuk, ia turut mempunyai pelbagai kesan buruk dan ini termasuklah pertambahan berat badan dan obesiti. Mari kita sama-sama fahami kenapa semasa berdiet ALSD2, pengambilan kafein dilarang sama sekali.


Di sini saya senaraikan serba sedikit antara keburukan kafein iaitu:- 
  • Peningkatan berat badan
  • Menyebabkan aras kortisol meningkat
  • Hypoglycemia
  • Membuatkan aras serotonin menjadi rendah
  • Dan juga meningkatkan Stress





Dengan kata lain, daripada meminum minuman berkafein, individu yang ingin menurunkan berat badan@maintain berat badan idea perlulah minum banyak air kosong dan juga teh herba.

Jom kita fahami bagaimana cara kafein boleh menambahkan berat badan.

1. Kafein membuatkan aras cortisol dalam badan meningkat.

Kortisol adalah hormon stress yang menghantar signal kpd badan utk tinggikan penyimpanan tenaga. Proses ini menyebabkan kita rase mengidam nak mkn sesuatu dgn tiba2 serta menyebabkan selera makan bertambah, yang mana membuatkan berat badan bertambah.


2. Kafein boleh cetuskan hypoglycemia

Individu yang mengalami hypoglycemia mempunyai aras gula dalam darah yang rendah dan badan mereka tidak punyai teanaga yang mecukupi untuk aktiviti harian. Untuk tingkatkan tenaga, badan akan hantar isyarat lapar yang palsu yang membuatkan kita rasa nak makan dengan tiba2. Ini juga penyebab berat kita naik


3. Kafein menurunkan aras serotinin dalam badan

Serotinin merupakan penghantar neuron @ neurontransmitter yang merupakan asas penting dalam otak supaya ia berfungsi dengan baik. Kesan daripada tahap serotinin yang lemah termasuklah rasa ingin makan makanan berkarbohidrat dan obesiti.
Kesan lain ialah rasa cemas, ADD, depresi, insomnia, migrain dan juga meninggikan risiko kepada 2 jenis pesakit diabetes, Tekanan Darah tinggi , pesakit jantung dan kanser yang tertentu. 

4. Akhir sekali, kafein boleh menyebabkan seseorg rasa gementar dan menaikkan level stress. Ramai org makan apabila berhadapan dengan stress, ini juga penyumbang kepada kegemukan dan obesiti.

Individu yang cuba untuk kurus perlu mengantikan minuman berkafein seperti kopi dan ainr minuman isotonik dengan teh herba @ air kosong. Pilihan minuman mestilah tidak mengandungi lemak dan boleh membantu rasa mengidam. Dan semua sebab ini kenapa kita boleh mengganggu proses penurunan berat badan semasa berdiat dengan ALSD2.

CREDIT TO : http://slimdiet2-norli.blogspot.com

No comments: