Wednesday 20 March 2013

PIL PERANCANG







Baru -baru ini saya mendapat panggilan daripada customer yang ingin tahu apakah kesan kepada diet yang dilakukan jika beliau dalam masa yang sama mengambil PIL PERANCANG KELUARGA. 

Berdasarkan kajian klinikal dan pengalaman pengguna, tiada sebarang kesulitan yang berlaku. Namun begitu, oleh kerana kebanyakan pil perancang mengandungi estrogen iaitu pil perancang keluarga yang berasaskan hormon. Jadi sudah pasti ini akan mengganggu penurunan berat badan anda apabila menjalani program diet ALSD2/SD II ini. Ini saya telah kongsikan dalam masalah ketidastabilan hormon. 

Hormon Estrogen akan menyebabkan lebih banyak lemak tersimpan di dalam tisu badan anda daripada ia dibakar sebagai tenaga. Ianya menyebabkan rintangan insulin, dan inilah puncanya anda susah untuk menurunkan berat badan. 

Estrogen juga merendahkan fungsi tiroid anda, yang sememangnya diperlukan untuk mengekalkan tahap metabolisme yang sihat untuk pembakaran lemak. 

Oleh itu, sekiranya anda tiada pilihan lain selain dari memakan pil perancang, anda perlu sedar dan bersedia bahawa pembakaran lemak anda lebih perlahan. Maka anda perlu lebih teliti dan megurangkan lagi jumlah karbohidrat yang anda ambil sehari supaya kurang dari 20 gram, untuk badan anda masih dapat membakar lemak. 

* Fungsi hormon estrogen ialah mengekalkan sifat kewanitaan seorang wanita, kesihatan jantung, tulang, memori otak, kesuburan dan keanjalan kulit.

>> Source : Siri Bimbingan SD II - Volume I oleh Kamarul Nordin 

No comments: